Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 Persatuan Alumni UiTM Perlis
Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 Persatuan telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mac 2018, jam 3 petang di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.
Ianya telah dirasmikan oleh Datuk Mohamed Azahari Bin Mohamed Kamil , Ahli Seumur Hidup dan juga Mantan Penasihat Persatuan. Datuk juga adalah Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Turut hadir ialah Penasihat Ketiga Persatuan, Tuan Hj Abdul Latiff bin Mohd Tahir.